Sunday, November 4, 2007

JUTAWAN INTERNET

Jadilah Jutawan Internet muda dari Malaysia.

Langkah : Penetapan Minda Untuk Menjadi Jutawan
Untuk hidup dengan selesa - jutawan- walaupun hanya bekerja beberapa jam sahaja setiap minggu, anda perlukan bisnes yang bekerja untuk anda!
Ketahui teknik bagaimana untuk menjadi jutawan.Ramai orang yang mahu menjadi jutawan, seperti Mawi, siti nurhaliza, irfan khairi.
Tetapi tahukah anda teknik secara pantas untuk menjadi jutawan? Ya jawapannya ialah berniaga. Masalahnya adakah anda mempunyai pengalaman atau pengetahuan untuk berniaga? Jika tiada jawapannya ialah bisnes internet.
Mempunyai pemikiran seperti seorang jutawan perlu diterapkan sebagai komponen utama untuk membina kekayaan dan kejayaan seumur hidup.
Membangunkan Pemikiran seorang Jutawan.
“Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan, dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan – maka jiwa jutawan tidak akan tumbuh didalam jiwa kita. Hanya usahawan yang dapat memahami tindak tanduk seorang jutawan. Hanya usahawan yang dapat memahami pola pemikiran sorang jutawan.”

Petikan dari Buku Jutawan Senyap

CERITA SEORANG JUTAWAN

Dr. Irfan Khairi sebagai personaliti TV sering muncul dalam program-program popular termasuk MHI, Selamat Pagi Malaysia, Hello on Two, Usik-usik Chef Wan, Gedik Santai, Nescafe KickStart, Menjana Impian, Aura Rasa, Perspektif Kita dan banyak lagi...


"Memperolehi RM1 juta pada usia 25 tahun bukanlah NASIB. Saya telah belajar mengenai kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18 tahun lagi... pada masa itulah saya telah menetapkan matlamat untuk memperolehi RM1 juta.
Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan.."
Irfan KhairiMalaysia Hari Ini, TV3
"Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan di Internet di seluruh dunia... ...oleh sebab itulah saya berjaya!"
Irfan KhairiSelamat Pagi Malaysia, TV1


"Melalui pengalaman serta mempelajari dari kesilapan sendiri dan mendalami ilmu Internet, melalui bacaan dan bertanya kepada mereka yang lebih arif, saya berjaya menemui cara yang paling berkesan untuk mendapatkan pelanggan melalui perniagaan internet"
Irfan Khairi8TV News: Towering Malaysians



Dr Irfan Khairi mendedahkan... "Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah- dalam Masa 7 HARI!"*
* Workshop Perniagaan Internet #1 PALING LARIS di Malaysia yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI
Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!

Workshop yang membongkarkan cara-cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah- khas untuk mereka di tahap permulaan (beginners). Jutawan Internet muda Dr.Irfan Khairi membongkarkan segalanya. Review hebat diberi oleh peserta-peserta workshop. Workshop satu hari yang pasti akan membuka mata anda tentang peluang memulakan perniagaan Internet dari rumah.
Pelajari dari pakar perniagaan Internet Malaysia yang sebenar dan yang telah memperolehi pendapatan melebihi RM1juta melalui Internet ketika berumur 25 tahun!

Jutawan Muda

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan.
MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.
Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’Katanya.
Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .
Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.
Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.
‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV .
Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.
‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik.
Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.

Gerak Usahawan 2007